Ahad, 1 Februari 2009

Satu Konspirasi?

Sejak kemenangan PR pd 8 Mac lalu,lanskap politik negara telah banyak berubah.Bagitu juga dengan kemenangan di Perak yang sebenarnya tidak dijangka.Tak berapa lama selepas kemenangan PR di perak, ada beberapa perkara yanag sedikit sebanyak manganggu gugat kerajaan Perak.Terdapat adun dalam kalangan PR yang melakukan tindakan mengecewakan parti.Ini menimbulkan kekusutn kepada kepimpinan kerajaan Perak.Selepas itu pula kedengaran banyak usaha BN untuk merampas semula Perak.Pengurusinya,Tajol Rosli pernah menyasarkan kerajaan Perak akan lumpuh pada 31 ogos 2008.Dia juga membuat tawaran kepada PAS untuk membentuk kerajaan bersama.Semua usaha ini diolak mentah mentah oleh MB Perak.Rentetan itu tiba2 berlakulah kes penahanan dua ADUN PKR atas tuduhan rasuah.MB Perak menafikan kewujudan projek terbabit yang dikaitkan dengan tuduhan tersebut sebagai tudak wujud.Namun apa yang paling mengejutkan ialah apabila ADUN Bota.Datuk Nasrudin Hashim bertindak menanggalkan UMNO dan menyertai PKR.Ini jelas merupakan tamparan hebat buat Tajol yang sebelum ini menyasarkan PR akan lumpuh di Perak.Sebaliknya dia yang terpaksa meletakkan jawatan.TUP2, seperti dijangka 2 ADUN PKR yang dituduh terlibat dalam rasuah telah meletakkan jawatan sebagai ADUN.Ini mungkin akan menyebabkan berlaku satu PRK.Mungkinkah ini merupakan satu konspirasi BN untuk merampas kembali Perak atau usaha PR untuk memebersihkan imej mereka? Namun mutakhir ini jelas menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN mula pudar.Melihat kepada keputusan PRK K.Terengganu dan P.Pauh,tidak mustahil kerusi yang kosong tersebut akan terus kekal bersama PR.

Sabtu, 31 Januari 2009

BN TENAT

APA yang berlaku sekarang menunjukkan situasi politik negara kelak...